Selasa, 27 Mac 2012

the end

akhirnya apa yang selama ni aku pertahankan dh berakhir. sedih, kecewa, pilu...semua ada. rasanya nk je ulang balik masa dulu supaya dapat perbaiki. tapi mane boleh. anggap je apa yang berlaku tu ada hikmahnya. sekarang ni, bangun pagi, g keje, balik keje, tido. itu je rutin aku. tunggu la. sampai masa aku dah tak larat, mungkin aku akan berhenti keje dan duduk di rumah je. cari keje yg dekat dengan rumah. biarlah aku jalani hidup mcm tu. asalkan aku ada family yang masih sayangkan aku. hidup ni memang tak selalunya indah. tapi mulai dari hari ni, mungkin hidup dah takde yang indah. aku perlukan family aku. aku selalu terbayang2 yang aku antar surat resign, muka bos masam. tp dalam hati aku tak sabo nk berhenti. then pas berhenti, aku naik ketapi balik kampuung. esok pagi, start cari keje. bodoh sb berhenti keje ? entahla. aku tahu itu tindakan bodoh. tapi aku dah takde makna dan semangat nk duduk jauh dari family dengan niat nak cari pengalaman. pergi mampus la dengan pengalaman !! apa yang aku nak sekarang ni hanya la berada di samping keluarga aku. biarla walaupun aku de ijazah, tapi keje cikai. yang penting, aku nk bersama family aku. agak2nya mak bagi ke aku berhenti keje? tapi aku selalu membayangkan aje. nak merealisasikan aku tak tahu boleh ke tak. apa kah aku ni berfikiran singkat ? ntahla. kadang2 aku ni mmg lemah gle. inilah diri aku. senang merasa sedih, sepi. kalo sedih, selera akan hilang. sehari hanya makan sekali. pada aku, bila rasa sedih, aku dah tak ada rasa untuk merasai nikmat makan. sepanjang hari aku sedih, kalau boleh aku nk baring dan tido je. adakah keadaan ini akan berlarutan untuk sebulan ? setahun ? atau selamanya ? mungkin.

Ahad, 12 Februari 2012

rasa sedih + demam

asal bukak belog je mst akan cite benda yang sedih2.. ye la..bile bukak belog ni time memang takde apa2 yang nak dibuat. dan seperti biasa tu, mesti akan hari ahad. tau hari yang esok nye kne keje.. ntahla. aku rasa aku perlukan tv la. berukband ni mcm hampeh je. buat hati makin rungsing je. kalo nak family dok sekali ngan aku, mmg tak la..sb aku pun rasa best lg dok kg. ni la kehidupan aku setakat ni. mujur ada adik beradik ramai, kawan2 (walaupun jauh) dan boifren.. kalo la diorang takde, tak tahu la. by the way, aku sayangkan diorang sume. kalo diorang tak ada, walaupun kehidupan aku ni tak best, aku akan bertahan. pelangi akan muncul nnt.

Ahad, 15 Januari 2012

ym pun tak boleh hilangkan kesunyian

aku jemu. sunyi. boring. malas. menyampah. semua tu ada sebab esok aku kena keje. sebenarnya aku tak suka dengan keje aku. aku kena cari jalan untuk menyeronokkan diri aku sendiri time nak gi keje. contoh, aku dengar lagu sepanjang perjalanan sampai nak naik lif ke pejabat. bila aku fikir2 hidup aku ni takde nilai. dari isnin sampai jumaat, bangun tido, gi keje, balik keje, tido... weekend...bangun tido, mngadap laptop......................................tido.. tetibe je hari ni macam aku rasa berat nak gi keje. padahal dh sebulan lebih aku keje situ. kenapa rasa itu masih ada? sebab aku rindukan family aku ke ? atau pun sebab aku rasa macam aku nak kena marah esok ? ntah la. aku tak rasa mcam aku nk keje lama kat situ. aku rasa macam nak duduk umah je. tapi mak mcm seronok je aku dapat keje kat situ. jiwa kuna kacau la mak. kuna tak suke keje sini.. kuna takde kawan. macam hidup di negara orang pulak rasanya. macam budak2 je aku ni. kalau keje senang mcm ni dh give up, abeh nak buat keje pe lg ? aku just nk keje yang dekat ngan family aku. at least kalau kena marah pun, aku de tempat ngadu. kalo hari2 gi keje balik tido pun takpe sb family dekat. balik keje leh tgk tivi. leh main kucing. leh sembang2.. kat sini? fb pun takde pape. ym lg mcm hampeh. nk sembang ngan pakwe ? eeemmm... nk kawin takde duit. apalah nsib aku ni. kenapa aku asyik rasa keseorangan? buat aku rasa aku semakin merindui ayah. kalau ayah ada, mesti ayah leh bagi nasihat. kalau ayah ada, mesti ayah akan cadangan kan kat mane aku patut keje. kalau ayah ada, mesti ayah akan suh kawan dia amik aku keje kat pejabat kerajaan. kalau ayah ada, mesti aku tak keseorangan mcm ni. kenapa ayah pergi cepat sangat ?

Jumaat, 13 Januari 2012

ym untuk hilang boring

it's saturday. pergh !! sepatutnye kne g window shopping atau g tgk movie. hahhaha..aktiviti harian pun kne ada garis panduan atau skema. ye la. saturday sepatutnye mesti tak duduk umah.hahaha jadi dah memang lazimnye bangun awal walaupun weekend, selepas sarapan, terpandang laptop then ter klik room chat..hahahha mcm accidently plak kan.. padahal mmg niat nk ym. boring kot. pastu masuk la room chat. yg mane satu ? rahsia. pastu mcm biasa, akan de soalan yg mcm ni.."tgh wat pe.."......."duduk mane"...."asl plz.." hahahha...org first yg bertuah akan dilayan dengan baik..tpi yg seterusnye kne warning akan dijawap dengan jawapan yang di copy paste. (padahal nk copy kat ym tak leh. cis ) jadi mls nk jwp, close window dia. kalo dia muncul lg, report as spam. jadi org kedua tu respond. dia kate soalan ape yg ptt di tanya ? so aku kata la tny la pendapat mengenai kedai runcit yg de tak letak tanda harga pada barang diaorang.. hahaha.. tapi respond dia mcm tak best. so layan dua tiga ayat, pastu close window..dia pun dh tak muncul.. itu je la pengalaman nye.. tapi kalau sok lusa boring lg, nk try room chat yg lain plak..hahahha

Khamis, 12 Januari 2012

tadi introduce diri kat office..chewah !!

ye...genap sebulan aku keje situ..

tapi bukan la nk bagitahu yg ofis tu hanya introduce selepas sebulan. tak..

time meeting akan ada slot perkenalan..hahha

bagi yg baru ni, kami kne perkenalkan kawan. makna kata, bukan kenal diri sendiri. tapi kawan yg satu ofis la. hahah

kitorang main tuko je maklumat..


mcm seronok gak la..

dan...aku tersilap letak yg aku ni ada blog.


tak tahu nk cakap yg blog aku ni bukan nye cite pasal pe pun..

merepek je lebih..


dan mulai besok, akan ada pertandingan tradisional costume..


tiap jumaat, kami kne pakai baju tradisional..tak kire la bju kurung, cheongsam atau baju punjabi..


dlm mase tiga bulan, tiap jumaat, hakim akan nilai...sape yg dapat markah tinggi untuk 3 bulan tu, akan dapat wang tunai rm50..hohoho


sape yg dh penah menang sekali, tak akan menang..sb ramai staff..


ada peluang ke ?

cis.


g keje pun mlas nk pakai lens..

pastu letak bedak ngan lipbalm je

hahah
tgk la sok kalo mcm meroyan baru pakai lens kot.


hahha




tapi mcm ok je keje situ.

Ahad, 8 Januari 2012

hujung minggu pun sebenarnya tak best

emm..patut ke aku mengadu pasal hujung minggu aku yang tak best kat dalam blog ni ?

adakah blog aku ni akan jadi tempat ala-ala diary atau jadi macam segmen aduan rakyat ??


pe benda aku pikir yang bukan2 ni ?


hujung minggu.


tak payah g keje.


best.

sebab tak kena marah.



tapi tak gi keje maksudnye sepanjang aku tak keje tu, air liur aku tak kuar.


maksud ?


aku tak bersembang ngan sape2 gune air liur.


maksud ?


takde orang untuk aku bersembang.

yang ada pun pakwe.

tapi sembang dengan tulis huruf. bukan bercakap guna air liur.


huhuhu. wawawawawa.


nak nangis pun tak guna.


kalau dengan nangis leh muncul kawan untuk bersembang, takpe gak.



sembang guna yahoo chat ?


idok la teman.


penat nk jawap soalan tgh wat pe. nama pe. duduk mane. dh de bf ke lum.


huh.


nk telepon, duit tak bape nk ada.


nk chat gne fb, takde kawan yg leh sembang. yg on chat tu mcm kawan tak rapat sgt.


aduh.




seronok kena marah atau seronok duduk umah tak bercakap ?

Sabtu, 24 Disember 2011

hati-hati

hati-hati.


tajuk yg mcm pesanan penaja.

ye.

memang nak berpesan.


wahai kuna. berhati-hati la kamu.

berhati-hatilah kamu apabila kamu mula melihat 'dinding' yang bukan kawan kamu di 'muka buku'.

mengapa kuna tak 'tambah' dia sebagai kawan ?

ceritanya panjang. tapi ringkasnya, kuna tak nak. itu aja.


kalau tak nak 'tambah' kawan kenapa asyik tengok 'dinding' dia ?


sebab nak tahu perkembangan semasa dia.


kenapa nak tahu perkembangan org yg kuna tak nak 'tambah' sebagai kawan di 'muka buku' ?


damn.



shit.


pelbagai lagi yang akan keluar.



kuna.


banyak lagi benda lain yang boleh dibuat.



selain daripada melihat 'dinding' orang yang kuna tak nak 'tambah' sebagai kawan.




melihat perkembangan org yang tidak di 'tambah' kawan bukanlah penting sebenarnya.



ianya sesuatu aktiviti yang umpama melihat aksi porno.


hahaha.



ok. kuna tak akan tgk dh 'dinding' org yang bukan kawan di muka buku.